Saturday, February 28, 2009

gambar agnes monica
















gambar agnes monica










perkahwinan que haidar dan linda.







Thursday, February 26, 2009

Que Haidar dan Awal Ashaari







Imej Que Haidar dan Awal Ashaari yang terbaru sekadar melengkapkan dirinya untuk filem Malaikat Maut. Filem terbaru yang bakal ke pawagam arahan pengarah, Bade Azmi.(Foto The Star oleh Low Lay Phon)

Pengantin Fara Fauzana dan Ally Iskandar



















Gambar Persandingan Olok-olok DJ Hot FM, Fara Fauzana dan Celebriti TV3,Ally Iskandar. Cute nye diorang. Cam sesuai jer..heheheJika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Adlin, Emelda bersatu Mac


sumber:utusan malaysiaPAPA tumpang gembira apabila akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini sudah bersedia untuk disatukan.Khabarnya, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi tetapi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Mac nanti.Apa yang Papa dengar lagi, bukan calang-calang mereka yang terlibat dalam urusan perkahwinan Adlin dan Emelda ini.Semuanya nama-nama besar terutama sekali dalam penyediaan busana perkahwinan mereka.Untuk majlis persandingan di Ipoh, Perak nanti, pasangan kekasih ini sudah sepakat untuk memilih konsep tradisional Jawa manakala untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur pula, Adlin dan Emelda memilih konsep moden.Papa tidak mahu mengulas lanjut tentang mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan mereka itu nanti kerana adalah lebih manis untuk mereka sendiri yang memberitahunya kelak.Apa-apa pun, Papa akan mendoakan yang terbaik untuk kedua pasangan selebriti ini.Pastinya kini, bonda Adlin, Mak Mah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan untuk anak bujang kesayangannya.

Gambar Ashraff Sinclair dan Bunga Citra





































KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara kacak Ashraf Sinclair, 30, bakal menikahi kekasihnya yang juga artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, pada 8 November ini, selepas lebih setahun menyulam cinta.Pengumuman itu dilakukan pasangan sama cantik sama padan itu pada satu sidang media anjuran produk penjagaan kulit, Ponds yang diadakan di Jakarta, malam tadi kira-kira jam 10 malam waktu Indonesia (11 malam waktu Malaysia).Bagaimanapun, Ashraf menyampaikan berita gembira itu kepada pihak media tempatan melalui SMS yang dikirimkan pengurusnya, Nora.Ashraf berada di Jakarta kerana terikat dengan penggambaran filem Pocong yang dijayakan sejak beberapa bulan lalu. Malah pasangan bakal pengantin ini turut terbabit dengan penggambaran filem komedi di Bali.Seperti yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, majlis persandingan bakal mempelai akan diadakan di hotel terkemuka di Senayan, Jakarta iaitu sehari selepas pernikahan.Diikuti, majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang diadakan di sebuah hotel di Subang Jaya, pertengahan November.Pada 26 September yang lalu, Ashraf turut menemui Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk mendapatkan surat permohonan berkahwin di sana.

Saya bukan cemburu - Mila af


GELARAN juara program realiti popular, Akademi Fantasiamusim kelima, (AF5) yang diraih bukan jaminan untuk Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin terus diminati dan dipuja.
Populariti anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat kian jatuh merudum. Lebih mengecewakan, khabar terbaru Mila dikatakan tertinggal jauh di belakang juara AF6, Stacy yang semakin hari semakin menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat.
Malah, ada pihak yang mendakwa bilangan undangan persembahan, nilai harga persembahan dan pelbagai lagi aktiviti seni kini lebih terarah kepada Stacy, bukan lagi Mila biarpun mereka berdua sama-sama bernaung di bawah label Maestro Talent.
Saat ditemui dalam satu sesi fotografi yang diatur khas di pejabat syarikat baru miliknya, Luvmila Corporation di Damansara, Mila hanya sempat tersenyum. Marah tidak, ketawa pun tidak dangan tanggapan yang dilemparkan kepadanya.
Menurut Mila, soal populariti terlalu subjektif untuk diukur dengan mata kasar kerana baginya populariti adalah hak peminat dan semuanya bergantung kepada individu di luar sana untuk menilai.
MILA lebih yakin dan fokus kepada masa depannya setelah berjaya menubuhkan syarikat sendiri.
"Saya tidak tahu tentang soal populariti sudah semakin jatuh atau sebaliknya. Bagi saya selagi ada rezeki, saya akan berkarya dalam bidang ini. Biasalah, bagi seseorang artis, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah, cuma untuk mengekalkan diri supaya jangan terus tenggelam memerlukan usaha keras dan produk yang baik.
"Walaupun mempunyai pengalaman menyanyi, saya masih ambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi (Syafizawati Shariff) kerana saya ingin yang terbaik supaya tidak tenggelam sebalik banyak bakat yang ada dalam dunia seni tempatan," jelasnya.
Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak pernah cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Stacy yang merupakan juniornya.
Malahan, dia sendiri mengakui bakat nyanyian dan tarian yang wujud dalam diri Stacy dan tumpang bangga melihat pelajar kelahiran program yang sama dengannya mampu memberikan sebuah persembahan yang memukau.
"AF hanya platform, selebihnya atas usaha diri sendiri. Jika ada rezeki syukur Alhamdulillah. Cuma saya mengakui semasa di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) saya membuat kesilapan besar kerana tidak menyampaikan lagu dengan baik.
"Waktu itu memang saya tidak sihat dan selepas persembahan saya akui memang sedih dan kecewa untuk beberapa hari. Perasaan malu memang tak boleh cakaplah, tetapi bukan cemburu dengan Stacy kerana saya tahu persembahan dia jauh lebih baik.
"Oleh itu, tidak wujud perasaan cemburu dengan kelebihan dan limpahan rezekinya. Kenapa perlu cemburu? Ini masa Stacy untuk naik dan saya tumpang gembira dengan kejayaannya," tutur Mila.
Itu baru soal persaingan dengan Stacy, bagaimana pula dengan kemunculan AF musim ketujuh (AF7), nampaknya selepas ini bertambah lagi persaingan Mila.
Dan nasib Mila dilihat akan lebih 'malap' jika AF7 bakal melahirkan lebih ramai bintang-bintang wanita.
Menyentuh soal itu, Mila percaya pada rezeki. Justeru, bagi memantapkan dirinya dengan menghadiri kelas vokal, Mila turut mengikuti kelas senaman secara rutin di gim bagi mengekalkan staminanya.
"Walaupun sudah biasa menyanyi, senaman sangat penting untuk mengekalkan mutu suara dan persembahan bertenaga di pentas persembahan.
"Bagi saya persaingan ada di mana-mana, jika tidak AF7 sekalipun, saban hari ada saja artis baru muncul. Saya percaya pada rezeki, selagi masyarakat mahukan bakat saya, selagi itu saya akan berkhidmat untuk menghiburkan mereka," ujarnya yang kini popular dengan lagu Gila.
Cerita bergaduh dengan rakan kongsi
Jika sebelum ini Mila bersama rakan kongsi Bernard Cheah menubuhkan syarikat MC Voices & Stars (MCV) kira-kira setahun lalu dan memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, kini Mila telah melepaskan jawatan tersebut dan berundur daripada terlibat dalam MCV.
LUVMILA baru saja menerbitkan produk pembersih dalaman untuk wanita.
Pengundurannya bukanlah kerana dia bermasalah dengan rakan kongsinya itu tetapi kerana mahu cuba berdiri di atas kaki sendiri. Atas hasrat itu, maka lahirlah Luvmila Corporation pada pertengahan tahun lalu.
Di syarikat yang menjual produk kecantikan dalaman wanita itu, Mila memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan dia dibantu lima orang kakitangan bersama ahli keluarganya.
Nampaknya kini Mila lebih fokus, malah dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah.
Semuanya gara-gara tidak mahu usahanya musnah begitu sahaja. Mungkin kerana itu kerjaya nyanyiannya sedikit terabai berbanding dulu.
"Modal menubuhkan syarikat ini datang dari poket saya sendiri. Setiap sen yang dilaburkan merupakan duit hasil titik peluh saya sebagai penyanyi. Sebab itu saya mahu lihat syarikat ini berkembang maju.
"Kalau tidak ada persembahan, sehari suntuk saya akan berada di pejabat menguruskan perniagaan kerana semuanya saya terpaksa buat sendiri," jelasnya.
STACY dikatakan berjaya ‘merampas’ perhatian peminat yang selama ini tertumpu kepada Mila.
Beritahu Mila, sungguhpun tidak lagi bersama MCV, hubungannya bersama bekas rakan kongsi masih lagi baik, sementelah beberapa lagu untuk album terbarunya turut dijalankan secara usaha sama antara Maestro dan MCV.
"Jika pada masa akan datang ada rezeki untuk kami bekerjasama, saya tidak akan menolak. Sebenarnya keluar daripada MCV merupakan keputusan yang sukar untuk saya.
"Tetapi demi masa depan saya lakukan juga, bukan untuk saya tetapi untuk kepentingan keluarga andai saya tidak lagi diminati," akui Mila.

Lisa dan Farid



Kini pelakon Lisa Surihani dan Farid Kamil sah menjadi hak milik Astro. Mereka telah menandatangani kontrak sebagai pelakon drama eksklusif di saluran-saluran Astro.
Bermakna wajah mereka hanya akan ada dalam drama di saluran Astro sahaja. Namun mereka tidak terikat untuk berlakon filem di mana-mana produksi.
Kalau dah terikat secara eksklusif tu, bermakna bayaran yang diterima juga mestilah banyak angka sifar di belakangnya.
Tungglah wajah mereka dalam drama-drama terbaru di Astro

Dafi, Shila duta Coca Cola


Bertuah sungguh dua bintang muda kelahiran program realiti, Dafi dan Shila. Satu demi satu tawaran menjadi duta produk datang kepada mereka.
Sesuailah dengan usia mereka yang masih muda dan mempunyai ramai peminat di kalangan remaja sebaya yang menjadi sasaran utama produk yang diwakili.
Terbaru mereka dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola.
Nampaknya langkah mereka menjadi anak seni tidak dipandang sepi walaupun kedua-duanya bukanlah juara program yang mereka sertai.
Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu.
Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu.
"Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi.
Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing.
Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu.
Dafi giat promosi
Sejak album barunya dipasarkan ada saja aktiviti berbentuk promosi yang Dafi sertai. Kalau tidak ada aktiviti yang dijalankan oleh syarikat, Dafi menyertai siri raod tour anjuran pihak lain.
Sambil menghiburkan penonton dan memeriahkan majlis yang disertai, Dafi turut mempromosikan album baru yang sedang popular dengan lagu Lemah dan Di Antara.
Dafi turut menyertai siri Road Tour 2009 Soyo & URTV di Plaza Angsana, Johor Bahru dan Kip Mart, Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu.
Ternyata Dafi diminati oleh peminat remaja dan kanak-kanak yang tidak jemu merakam gambarnya semasa beraksi di atas pentas. Tidak kurang juga semasa menandatangani autograf. Mangga Online turut bekerjasama dalam siri road tour tersebut.

related